Lebih baik...
Sunday, August 17, 2014 | 8:53 AM |
0 candies
Kadang-kala
Bukan semua benda sempurna.
Tapi kadang-kala juga,
Dalam tak sempurna itu,
Terselit suatu keindahan.
Lebih baik bisu dari terus berdusta.
Lebih baik buta dari terus melihat lagha.
Lebih baik pekak dari terus mendengar fitnah
Lebih baik patah kaki dari terus berfoya-foya.
Lebih baik semua itu kita lakukan,
Dari terus melakukan kemungkaran.
Labels: catatan
Aku dan Kucing
Wednesday, July 30, 2014 | 8:42 AM |
0 candies
Mata biru itu memandang aku.
Seolah ingin menumpang kasih.
Dengan mata yang buta sebelah,
Ia melabuhkan jasadnya disebelah aku.
Kuusap kepalanya.
Kucium dahinya.
Lalu kutatap rautnya.
Comel.
Oh tuhan,
Sungguh indah ciptaanMu.
Hingga aku terpana membisu.
Sebilangan dari makananku,
Kukongsikan bersamanya.
Sungguh. Tidak pula aku menipu.
Sungguh indah perasaan cinta antara manusia dengan haiwan.
Kerana aku sudah selalu merasakan sepi.
Kerana mereka sudah biasa tersisir.
Kami bagaikan mempunyai suatu ikatan asli.
Bernama PERIKEMANUSIAAN.
Entah mengapa.
Tiap kali aku bertemu kucing.
Tiap kali itu aku merasa,
Kami perlu bekerjasama.
Aku harus menjaganya.
Dia perlu menghiburkan aku.
Begitulah cintanya aku kepada haiwan ini.
Hai manusia.
Jangan sesekali kau perakukan
Sang haiwan sehinanya.
Mereka ciptaan tuhan yang mulia.
Tiada dosa.
Didedikasikan kepada semua kucing-kucing diluar sana. Dah memang jadi kebiasaan pesen kedai2 makan kat Malaysia ni asal kedai makan je mesti ada kucing kan? Memang meriah. Aku suka kucing. Aku jenis manusia yang pantang nampak manusia berperangai lebih kebinatangan bila menyiksa haiwan2 . Celakalah kau jika kau mengotorkan tanganmu dengan menyiksa haiwan yang tiada dosa itu.
Labels: catatan
Aku
Aku.
Mungkin pernah menjadi sesuatu yang menggembirakan kalian.
Mungkin juga pernah menjadi duri dalam hidup kalian.
Kerana terciptanya aku hanya manusia biasa,
Yang takkan pernah terpisah dari dosa.
Aku.
Boleh jadi pendiam.
Boleh jadi periang.
Boleh juga jadi duri.
Dalam masa yang sama.
Jadi, kalian harus berhati-hati,
sebelum terluka.
Labels: catatan
Raya
Bila Raya
Semua orang bergembira
Baju semua nak bergaya
Malam raya
Lampu terang sini-sana
Bunyi mercun riuh suasana
Namun dalam kalian bergembira
Aku yang berduka
Kerana aku tiada mereka
Yang menyempurna
Disisi di hari raya.
Biarlah bayangan ini terus tersurat disebalik yang tersirat. Cukup hanya aku yang memahami.
Kerana tuhan ciptakan manusia, isi hatinya bervariasi. Kulit kita mungkin sama, tapi hati takkan pernah sama.
Labels: catatan
Sesuatu.
Saturday, July 26, 2014 | 4:49 PM |
0 candies
Mungkin kau tidak mengerti
Mengapa
Kadangkala
Aku bukan Aku.
Kerana adanya seorang lelaki.
Yang pernah datang dan pergi.
Bersama waktuku yang seketika.
Maaf aku terlupa.
Semua perkara.
Dan ia merupakan
sesuatu yang aku rasakan.
Labels: catatan
Ketakutan.
Dia berkata " Aku sangat takut" lalu aku pun bertanya mengapa.
Dan jawabnya " kerana aku terlalu gembira dan kebahagiaan ini menakutkan aku "
Lalu kutanyakan kembali mengapa,
Kemudian jawabnya:
Mereka hanya biarkan kau berbahagia seperti ini kerana mereka telah bersedia mengambil sesuatu darimu.
Labels: catatan
Warkah dari perbatasan....
Coretan ini kutitipkan khas buat para syuhada di Palestin.
Tiada daya kugapai senjata.
Jeritan dan tangisanmu berlagu-lagu dikotak akal diselubungi kabus sengketa
Maafkan aku wahai saudaraku dengarlah aku ingin berkata
Aku tiada disisimu saat kau memerlukan, disaat kau berduka cita.
Usah khuatir,
Semua ini hanya sementara.
Usah tangis,
Ini bukan pengakhirannya .
Wahai si petualang bermata biru!
Tidakkah kau sedar siapa yang kau buru?
Kau bunuh ibuku!
Kau bunuh ayahku!
Malah senjatamu rancak menghancurkan jasad adikku!
Ingin sekali aku.
Menghirup darah keturunanmu.
Merentap seluruh nafasmu.
Menjamah daging-daging tulang belulangmu.
Memenggal kepala anak-anakmu.
Membunuh adik-adikmu.
Memasung ibu-ibumu.
Membunuh ayah-ayahmu.
Serta memperkosa saudara perempuanmu.
Biar kau tahu.
Perihnya mereka.
Sedihnya mereka.
Marahnya meeka.
Lemahnya mereka.
Semuanya kerana kau yahudi lahanat.
Semoga Allah mengembalikan hak mereka!
Semoga Allah mengampunkan kamu!
Kerana aku tiada terdaya.
Kakiku masih terpasak dibumi yang nyata .
Telingaku dinadakan dengan sengketa.
Mataku dibutakan dengan dusta.
Celakalah kamu wahai durjana
Haikal Sulaiman yg kau idamkan mustahil terbina,
Al-Aqsa tak mungkin binasa,
Selama saudaraku masih bernyawa.
Zionis.
Cuma satu nama.
Bukan mantera,
Bukan kuasa.
Yang suatu masa akan terbinasa.
Aku juga masih mempersiapkan diri.
Melengkapi ilmu menyelamatkan diri.
Ilmu memanah, menembak perlu kulengkapkan dalam diri.
Kerana aku tahu pasti,
Petualang BERMATA SATU pasti kemari.
Akhir kata,
Bumi gaza bukanlah tanah yang dijanjikan buatmu.
Kaummu telah diperbodoh dan dikambing hitamkan oleh si MATA SATU.
Dan jangan kau lupa!
Saudaraku ada dimana-mana, musuhku tetap si petualang mata biru.
Ini panji amanat.
Kaum Akhir Zaman.
#sebarang kesalahan kosa kata, tatabahasa sila abaikan. Aku hanya menulis mengorak apa yang terlintas. Dan hak cipta terpelihara. Aku tidak sekali-kali menghalalkan karya aku di 'copy paste' kan dan ditukar milik tanpa izin. Sekian.
Labels: catatan
Form Six.
Form Six.
Kadangkala mendatangkan kegembiraan.
Kadangkala membawa kegusaran.
Sebagai langkah pertama perjuangan.
Bakal memegang ijazah dalam tangan.
Form Six.
Kadangkala meletihkan.
Datangnya assignment yg bukan sehalaman.
Namun itu menjadi cabaran.
Demi cerah masa hadapan.
Form Six.
Di sinilah aku temui rakan dan teman.
Arh aku buntu.
Mengapa masih aku menulis seperti ini. Sedang aku tahu ini semua kemerepekkan.
Letih. Letih persiapan raya. Letih buat homework. Rindu kawan-kawan.
Didedikasikan khas untuk semua rakan2 PRA U 6 Bawah SMKSAJ yang mengenali diri ini.
Cuti ni,
Raya ni,
Jangan lupa, stpm penggal satu dekat je.
Jangan leka.
Biar mereka ketawa, mereka bersuka ria menggelakkan kita. Menggelar kita "Budak Sekolah"
Aku faham.
Tapi pastikan kita LEBIH BERJAYA dari mereka!
Sudahlah. Dari aku teruskan lagi, aku mahu berhenti. :)
Assalammualaikum.
Labels: catatan