Aku dan Kucing
Wednesday, July 30, 2014 | 8:42 AM |
0 candies
Mata biru itu memandang aku.
Seolah ingin menumpang kasih.
Dengan mata yang buta sebelah,
Ia melabuhkan jasadnya disebelah aku.
Kuusap kepalanya.
Kucium dahinya.
Lalu kutatap rautnya.
Comel.
Oh tuhan,
Sungguh indah ciptaanMu.
Hingga aku terpana membisu.
Sebilangan dari makananku,
Kukongsikan bersamanya.
Sungguh. Tidak pula aku menipu.
Sungguh indah perasaan cinta antara manusia dengan haiwan.
Kerana aku sudah selalu merasakan sepi.
Kerana mereka sudah biasa tersisir.
Kami bagaikan mempunyai suatu ikatan asli.
Bernama PERIKEMANUSIAAN.
Entah mengapa.
Tiap kali aku bertemu kucing.
Tiap kali itu aku merasa,
Kami perlu bekerjasama.
Aku harus menjaganya.
Dia perlu menghiburkan aku.
Begitulah cintanya aku kepada haiwan ini.
Hai manusia.
Jangan sesekali kau perakukan
Sang haiwan sehinanya.
Mereka ciptaan tuhan yang mulia.
Tiada dosa.
Didedikasikan kepada semua kucing-kucing diluar sana. Dah memang jadi kebiasaan pesen kedai2 makan kat Malaysia ni asal kedai makan je mesti ada kucing kan? Memang meriah. Aku suka kucing. Aku jenis manusia yang pantang nampak manusia berperangai lebih kebinatangan bila menyiksa haiwan2 . Celakalah kau jika kau mengotorkan tanganmu dengan menyiksa haiwan yang tiada dosa itu.
Labels: catatan